Surprise Me!

Kayuhan basikal klasik ke lokasi menarik Rembau

2024-02-03 1,330 Dailymotion

BERITA SEMASA 3 FEBRUARI 2024

Berpakaian retro era 60-an sambil mengayuh basikal klasik sejauh lapan kilometer (km) menjadi tema kepada aktiviti Kayuhan Basikal Klasik Rembau pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah

Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lada, Chengkau itu disertai 150 peserta dari pelbagai negeri dengan peserta paling muda berusia lapan tahun.

Kayuhan bermula dari Masjid Jamek Tanah Datar di sini pada jam 8.30 pagi itu dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini.

Pengerusi JPKK, Abd Latip Alias berkata, program berkenaan merupakan kali keempat dianjurkan pihaknya dan merupakan salah satu usaha memperkenalkan lokasi menarik di Rembau.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647730/edisi/melaka-ns/kayuhan-basikal-klasik-ke-lokasi-menarik-rembau

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Rembau #retro

Buy Now on CodeCanyon