Penjawat awam hero tidak didendang - KSN

BERITA SEMASA 13 FEBRUARI 2024

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali tidak mampu menahan sebak apabila menyentuh mengenai tanggapan umum terhadap penjawat awam dalam ucapannya pada Majlis Amanat KSN Tahun 2024.

Mohd Zuki dilihat beberapa kali berhenti seketika mengelap air mata sebelum meneruskan ucapan sambil meminta maaf dengan situasi tersebut.

Dalam ucapannya yang turut disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam, beliau meminta agar penjawat awam tidak lemah dengan sebarang tanggapan negatif.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649333/berita/nasional/ksn-sebak-kenang-jasa-penjawat-awam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KSN #PenjawatAwam