Vokalis Slam iaitu Zamani tidak berkecil hati sekiranya kumpulan mereka dilabelkan sebagai band kampung.<br /><br />Zamani atau Zamani Ibrahim, 54, juga tidak kisah sekiranya ada netizen berpendapat Slam hanya terkenal dengan lagu-lagu tangkap leleh atau disebut sebagai lagu leman.<br /><br />Malah dia berbangga dengan konsep lagu yang disampaikan oleh kumpulannya itu dan peminat juga masih mendengarkan karya mereka sehingga kini.