BERITA SEMASA 20 FEBRUARI 2024

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi jaminan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarkan pada Selasa tidak mengekang kebebasan media dalam pelaporan berita.

Sebaliknya menurut beliau, kod etika itu yang dibangunkan kerajaan bersama akademik dan organisasi media adalah mengikut keperluan semasa dan perkembangan teknologi.

Namun demikian, beliau berkata tidak ada kebebasan yang mutlak bagi mana-mana individu atau organisasi untuk membuat kenyataan yang tidak benar.

Menurutnya, wartawan dan organisasi media perlu bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat yang sahih.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650424/berita/nasional/kod-etika-wartawan-tidak-kekang-kebebasan-media---fahmi

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #FahmiFadzil #KodEtikaWartawan