Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada 115.4 bilion dolar Amerika setakat 15 Februari 2024, berbanding 114.8 bilion dolar pada 31 Januari lalu.<br /><br />Bank Pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.<br /><br />
