Kejayaan, kegagalan negara terletak atas bahu semua 222 MP

BERITA SEMASA 26 FEBRUARI 2024

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan ahli Parlimen sama ada blok kerajaan mahupun pembangkang berganding bahu dan bekerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Baginda menegaskan bahawa sebarang kegagalan ataupun kejayaan bukan terletak di bahu Perdana Menteri sahaja malah semua 222 ahli Parlimen yang diamanahkan oleh rakyat perlu sama memikul tanggungjawab itu.

#SinarHarian #BeritaSemasa #ParlimenMalaysia #DewanRakyat #AhliParlimen