Mat Dam tunggang satu tangan 9000 km

BERITA SEMASA 26 FEBRUARI 2024

Meskipun sebelah tangannya lumpuh, namun pemuda berasal dari Kuantan, Pahang ini berjaya menempuh perjalanan sejauh hampir 9,000 kilometer (km) dari Seremban ke Boten, sempadan Laos-China dengan menunggang motosikal jenis Honda C70 berusia empat dekad, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Mohd Shahamirul Adam Shaari, 30, atau lebih mesra sebagai Mat Dam yang meminati dunia permotoran mula melibatkan diri dalam konvoi motosikal sejak berusia 16 tahun.

Menurutnya, jika orang lain healing dengan cara pergi ke pantai atau melakukan aktiviti pendakian, tetapi dia memilih untuk konvoi bermotosikal.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian