Petisyen Nik Elin: Enakmen jenayah syariah negeri lain masih sah

BERITA SEMASA 27 FEBRUARI 2024

Peruntukan dalam akta, enakmen dan ordinan jenayah syariah di negeri-negeri lain masih sah dan boleh dikuatkuasakan selagi ia tidak dicabar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, ini kerana keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 hanya membabitkan negeri berkenaan.

Jelasnya, dalam hal ini, hanya peruntukan di atas (16) kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang diisytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berpelembagaan.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/651599/berita/nasional/petisyen-nik-elin-enakmen-jenayah-syariah-negeri-lain-masih-sah

#SinarHarian #BeritaSemasa #ParlimenMalaysia #DewanRakyat