Selepas empat tahun pemergian suami, balu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Nor Hidayah tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga semula sekiranya dipertemukan dengan jodoh yang tepat. <br /><br />Menurut Hidayah, 32, dia ada menerima kiriman mesej beberapa orang lelaki yang berhasrat untuk berkenalan dengannya. <br /><br />Bagaimanapun, kata Hidayah dia tidak pernah membalas mesej tersebut kerana tidak berminat dan mahu memberikan fokus untuk membesarkan anak lelaki tunggalnya.