PELAKON Hun Haqeem mengakui terkejut apabila bekas pengurusannya iaitu MIG dan penerbit David Teo mendedahkan mengenai saman sebanyak lebih RM600,000 berhubung isu penamatan kontrak tiga tahun lalu.<br /><br />Kata Hun, dia sebelum ini memilih untuk mendiamkan diri dan tidak menyangka pihak berkenaan menghebahkan kepada umum.