KELIBAT penyanyi dan pengacara Nana Mahazan dalam bidang seni semakin jarang kelihatan. Pun demikian, kemuculan empunya diri dalam media sosial sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat beliau.

Malah, keputusan berhijab pada Ogos 2021 yang di ambil Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan meraih perhatian ramai.

Justeru, kesempatan menemuinya yang menjadi pengacara untuk majlis Arma Couture @ The Avenoir Luxe Raya Fashion Show baru-baru ini, SinarPlus menemu bual ibu kepada Althea dan Aaqib itu bagi berkongsi perkembangan terbaharunya.

Dalam perkongsian tersebut, Isteri kesayangan Mohammad Raqeem Brian turut berkongsikan tentang bisnes yang diterajuinya kini.

Kenapa empunya diri memilih untuk fokus kepada bisnes berbanding kerjaya seninya? Apakah beliau sudah 'merajuk' dengan industri tersebut atau ada sebab lain yang membuatkan dirinya memilih untuk menyepikan diri?

Apa pula reaksi beliau tatkala ditanya tentang isu rumah tangga pasangan selebriti yang dilanda pelbagai kontroversi termasuklah poligami, curang dan sebagainya.

Bagaimana beliau mendepani isu berkenaan memandangkan kerjaya suaminya yang dikelilingi selebriti wanita yang cantik-cantik dan hebat belaka?

Ikuti perkongsian Nana menerusi Chat Of The Day pada minggu ini.

Selebriti: NANA MAHAZAN ( @nanamahazan)
Teks/ Video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)