Ekonomi meruncing, kos sara hidup dibebani rakyat berlarutan - Muhyiddin

BERITA SEMASA 5 MAC 2024

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan kebimbangan dengan situasi ekonomi negara yang kian meruncing dan masalah kos sara hidup dibebani rakyat yang berlarutan.

Menurutnya, jika perkara itu berterusan, ekonomi negara akan berdepan masa yang sukar dan sukar untuk pulih yang akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat.

Berbahas di Dewan Rakyat pada Selasa, Ahli Parlimen Pagoh itu turut menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa beliau pandai berjanji semasa menjadi pembangkang namun kini dilihat seolah-olah tidak menepati janji.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #ParlimenMalaysia #DewanRakyat #Muhyiddin #PMX