Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat Covid-19

BERITA SEMASA 6 MAC 2024

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi lapan beradik yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19 pada 2021, lapor Wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada Selasa.

Beliau meluangkan masa lebih sejam untuk bertanya khabar keluarga itu dan menyampaikan bantuan persekolahan dan menara gading yang disumbangkan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652960/edisi/selangor-kl/ismail-sabri-ziarah-lapan-beradik-yatim-piatu-akibat-covid-19

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #ziarahlapanberadik #HuluSelangor