Kantin sekolah beroperasi sepanjang Ramadan

BERITA SEMASA 11 MAC 2024

Kantin di semua sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan bagi memudahkan pelajar bukan beragama Islam untuk mendapatkan makanan ketika waktu rehat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penting proses untuk memahamkan pelajar berkenaan mengenai ibadah yang dijalani rakan beragama Islam agar mereka saling menghormati antara satu sama lain.

Tambah beliau, ramai guru yang mempunyai pengalaman untuk menguruskan sebarang isu, oleh itu proses pendidikan untuk memahamkan dan menghormati sangat penting ketika bulan Ramadan.

Artkel:
https://www.sinarharian.com.my/article/653902/berita/nasional/kantin-sekolah-beroperasi-sepanjang-ramadan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan