Hubungan Pas, Bersatu tidak terjejas

BERITA SEMASA 15 MAC 2024

Hubungan antara Pas dan Bersatu tidak terjejas walau berdepan kemelut enam ahli Parlimen yang beralih pendirian menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui hubungan kedua-dua parti masih diteruskan seperti biasa dan menegaskan perkara yang terjadi bukan masalah parti sebaliknya individu itu sendiri.

Tegasnya, Bersatu tetap kekal bersama Pas dan individu terbabit akan dihukum oleh rakyat kerana mengkhianati mandat diberikan.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar itu ialah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/654691/berita/politik/hubungan-pas-bersatu-tidak-terjejas

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Bersatu #Pas #PerikatanNasional