Sejak tahun 2006 hingga Mei 2023... 14,174 anak kapal daripada Vietnam ditahan oleh pihak berkuasa kerana menceroboh perairan negara.

Ini menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, pada 8 Mac lalu menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat.

Dalam tempoh yang sama juga pihak berkuasa menahan 1,655 bot nelayan Vietnam.