SEBUT sahaja nama Hawa Rizwana, pasti ramai yang membayangkan kaletahnya ketika mengacarakan program Meletop bersama Nabil Ahmad.

Selain terkenal sebagai pengacara, anak kedua daripada dua beradik itu juga turut terbabit dalam dunia penyampai radio dan juga pelakon.

Baru-baru ini, SinarPlus menjadikan beliau sebagai penghias muka Tidak hairanlah apabila beliau kini bukan sahaja mencipta nama dalam dunia penyampai radio dan pengacaraan, bahkan turut dikenali sebagai pelakon.

Jom kita layan apa sisi peribadi anak kelahiran Illinois, Amerika Syarikat itu.

Ketahui apa reaksi empunya diri tatkala ditanya jika dipertemukan jodoh dengan lelaki lebih berusia, adakah beliau akan terima?

Bagaimana pula pandangan Hawa tentang segelintir wanita zaman sekarang yang suka muat naik luahan jika tak berpuas hati tentang suatu perkara?

Dengarkan juga apakah menu yang menjadi air tangan beliau untuk sajian seisi keluarga pada bulan Ramadan.

Walaupun sering lihat anak kedua daripada tiga beradik begitu aktif dan petah berbicara, apakah sitausi yang membuatkan dirinya gugup?

Untuk mengetahui setiap satu jawapan tersebut, jom tonton video ini.

Bagi yang ingin membaca kisah beliau boleh layari laman web. sinarplus.sinarharian.com.my dan seluruh socmed SinarPlus di Twitter, Instagram, YouTube, TikTok dan Threads.

#hawarizwana #hawa #pengacara #pelakon #selebriti #coversinarplus #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: HAWA RIZWANA AHMAD REDZUAN (@hawarizwana)
Teks & Video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)