Perak akan kehilangan pendapatan jika Kerajaan Persekutuan terus melarang pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).<br /><br />Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tahun lalu sahaja, negeri itu memperolehi royalti RM25.2 juta hasil eksport bahan mentah berkenaan.<br /><br />
