Isu tangguh GEG, kerajaan tidak dipengaruhi pelobi, industri

BERITA SEMASA 20 MAC 2024

Kerajaan dan Kabinet tidak dipengaruhi wakil industri dan pelobi berhubung penggubalan dan pelaksanaan dasar berkaitan generasi penamat rokok (GEG).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebaliknya ketetapan itu dibuat terkait dengan pendirian dan pandangan Peguam Negara.