Kementerian Luar Korea Selatan pada Khamis mengesahkan dua rakyat negara itu yang sebelum ini tidak ditemui selepas insiden kapal tangki kimia terbalik di perairan barat Jepun, awal minggu ini, telah meninggal dunia. Ia merupakan perkembangan terbaharu dalam usaha pencarian dua mangsa yang juga antara 11 kru yang berada diatas kapal Keoyoung Sun apabila ia karam di perairan berhampiran pulau di bandar Shimonoseki di Wilayah Yamaguchi.