Ramai bukan Melayu tak daftar PADU bukan sebab kurang percaya - Rafizi

BERITA SEMASA 26 MAC 2024

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan spekulasi berlaku kurang kepercayaan terhadap kerajaan menjadi punca jumlah pendaftaran masyarakat bukan Melayu dalam sistem berkenaan rendah.

Ahli Parlimen Pandan itu sebaliknya menjelaskan, sebahagian besar golongan berkenaan tidak biasa menerima bantuan daripada kerajaan secara bulanan, sekali gus menjadi faktor perkara itu berlaku.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #DewanRakyat #Padu