Jual hampir 100,000 ketupat sepanjang Ramadan

BERITA SEMASA 28 MAC 2024

Ramadan kali ini memberi limpahan rezeki kepada seorang penjual ketupat di Kampung Duyong, Melaka, apabila jualan ketupat meningkat lebih 3,000 biji setiap hari, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Mohamad Zaim Othman, 34, yang mengambil alih perniagaan keluarga berusia lebih 30 tahun itu berkata, pada tahun lalu dia hanya menjual kira-kira 1,000 biji ketupat pada setiap petang Ramadan namun kali ini makanan tradisi itu mendapat permintaan tinggi.

Menurutnya, selain pelanggan datang membeli di gerai jualannya yang terletak di tepi jalan, pada tahun ini juga dia mendapat kontrak daripada sebuah kilang untuk menghantar ketupat pada setiap hari.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/656993/edisi/melaka-ns/jual-lebih-3000-ketupat-sepanjang-ramadan

#BeritaSemasa #SinarHarian #Ketupat