Pecah rumah jenayah popular sepanjang Ramadan, menjelang Aidilfitri

BERITA SEMASA 28 MAC 2024

Kegiatan pecah rumah dikesan antara aktiviti jenayah popular sepanjang Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, ia berdasarkan laporan diterima setakat ini dan antara lokasi yang menjadi sasaran adalah sekitar kawasan perumahan serta kawasan perkampungan.

Susulan itu, rondaan dipertingkatkan termasuk melibatkan rondaan bermotosikal, kereta peronda dan unit cegah jenayah bagi mengekang jenayah tersebut.

Bagaimanapun tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memaklumkan ketiadaan mereka di rumah kepada balai polis berhampiran.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657046/berita/semasa/pecah-rumah-jenayah-popular-sepanjang-ramadan-menjelang-aidilfitri

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PecahRumah #Ramadan