Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima kunjungan hormat Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao di Perdana Putra, Putrajaya.<br /><br />Perdana Menteri berkata semasa kunjungan hormat itu, mereka membincangkan kunjungan rasmi Premier Li Qiang sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan Malaysia-China pada tahun ini.