Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Datuk Aiman Athirah memaklumkan bahawa sehingga 29 Februari 2024, sebanyak 88 projek bersamaan 10,560 unit perumahan swasta telah berjaya dipulihkan dengan nilai pembangunan kasar, RM8.23 bilion<br /><br />Projek yang berjaya dipulihkan ini termasuk 81 projek yang berjaya mendapat Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), lima projek yang lewat kembali lancar serta dua projek terbengkalai yang berjaya dipulihkan.<br /><br />#AWANInews
