BIMBANG emosi terganggu dan boleh menjejaskan kehamilan, penyanyi Shila Amzah memberitahu dia mengambil pendekatan untuk tidak terus berfikir tentang kemelut keluarga yang hangat diperkatakan sebelum ini. <br /><br />Kata Shila, 34, hatinya juga belum terbuka untuk bertemu mereka dan lebih memberi fokus kepada kehamilannya kini yang sudah memasuki usia lapan bulan. <br /><br />Bagaimanapun menurut Shila dia terbuka untuk terima kunjungan keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
