Dakwaan kerajaan tidak prihatin masalah rakyat tidak benar - PM

BERITA SEMASA 1 APRIL 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kritikan berhubung kerajaan tidak prihatin dan tidak faham permasalahan dihadapi rakyat terutama membabitkan kos sara hidup adalah tidak benar.

Menurut beliau, sebetulnya, harga barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak diyakini masih rendah serta stabil jika dibandingkan pada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar tidak menafikan walaupun pihak kerajaan sedang melakukan sebaik mungkin soal kos sara hidup, namun, dunia kini berdepan keadaan ekonomi mencabar.

Artikel; https://www.sinarharian.com.my/article/657580/berita/nasional/anwar-pertahan-harga-barang-keperluan-jauh-lebih-rendah-berbanding-dulu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PM #HargaBarang