Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa jadi calon

BERITA SEMASA 3 APRIL 2024

Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa, bersedia mempertimbangkan secara serius untuk bertanding sebagai calon bagi mana-mana kerusi Parlimen yang kosong dalam masa terdekat jika ada perlawaan.

Beliau berkata, kesediaan berbuat demikian hanya jika dipelawa daripada mana-mana pihak yang masih mahu melihat beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Secara prinsipnya, bekas pemimpin kanan UMNO itu tidak akan sesekali menawarkan diri serta memaksa dirinya untuk dicalonkan kerana itu bertentangan dengan pendirian politiknya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657939/berita/politik/annuar-musa-sedia-kembali-ke-politik-jika-dipelawa-jadi-calon

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #AnnuarMusa #JadiCalon