Dr Akmal selesai beri keterangan di IPD Kota Kinabalu

BERITA SEMASA 5 APRIL 2024

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh telah selesai memberi keterangan selama lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Beliau keluar dari IPD Kota Kinabalu kira-kira jam 12 tengah hari berkata, sebaik tiba di Kota Kinabalu dia telah menerima panggilan bahawa perlu diambil keterangan pada Jumaat.

Jelasnya, beliau tiada masalah untuk diambil kenyataan dan memaklumkan terdapat satu laporan terhadapnya atas Akta Hasutan yang menyatakan ada satu video ceramah saya di Kelantan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/658320/berita/semasa/dr-akmal-ditahan-polis-sebaik-tiba-di-kota-kinabalu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #AkmalSalleh #AktaHasutan #DrAkmal #PDRM