Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan.<br /><br />Ia dilakukan bersama JPJ, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman serta Jabatan Alam Sekitar dalam Ops rempit, pencegahan lumba haram yang diadakan di Plaza Tol Sungai Dua dan Lebuhraya PLUS.