BERITA SEMASA 8 APRIL 2024

Hajat sepasang suami isteri untuk membeli pakaian raya empat anaknya tidak kesampaian apabila maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Seremban-Mantin dekat Bukit Mantin, Seremban pada Isnin. Lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Mangsa Abdul Halim Mat Rani, 34 dan isterinya Noor Azeana Azreen Hasmadi, 32 rentung selepas kereta jenis BMW yang dinaikinya terbakar dalam kejadian jam 10.25 pagi.

Bapa mangsa, Hasmadi Ahmad, 56 berkata, anak sulung daripada lima beradik itu ada menghubunginya semalam memaklumkan akan membeli pakaian raya anak-anaknya pada pagi ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/658898/berita/semasa/tidak-sempat-beli-baju-raya-anak---bapa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #nahasjalanraya #kemalangan