Kes Najib cabar kewujudan titah adendum, dijalankan secara dalam kamar

BERITA SEMASA 17 APRIL 2024

Media tidak dibenarkan membuat liputan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman, bagi mencabar kewujudan perintah tambahan dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 supaya bekas perdana menteri itu, menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan di rumah.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh, supaya prosiding kes itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.

Hakim Amarjeet kemudian membenarkan prosiding dijalankan secara fizikal diisytihar dalam kamar yang hanya boleh dihadiri peguam mewakili Datuk Seri Najib dan pihak SFC mewakili responden.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/659944/berita/semasa/kes-najib-cabar-kewujudan-titah-adendum-dijalankan-secara-dalam-kamar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #TahananDiRumah