Masalah perparitan tersumbat antara faktor banjir kilat di Meru

BERITA SEMASA 18 APRIL 2024

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mariam Abdul Rashid memaklumkan masalah perparitan tersumbat menjadi antara faktor menyebabkan banjir kilat berlaku di Meru, Klang, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Jelasnya, perkara tersebut perlu diselesaikan sebagai satu penyelesaian jangka pendek dan katanya, selenggara parit atau longkang tidak boleh mengikut jadual waktu musim monsun.

Tambah beliau, penyelenggaraan longkang perlu dilakukan lebih kerap oleh semua pihak terlibat dan Majlis Bandaraya Diraja Klang juga perlu bersikap proaktif dan agresif dalam hal tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660146/edisi/selangor-kl/banjir-kilat-terus-jadi-igauan-ngeri-penduduk-meru

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BanjirKilat #Meru