BERITA SEMASA 21 APRIL 2024

Taktik sindiket penyeludupan rokok menggunakan permainan plastik bagi mengaburi mata pihak berkuasa berjaya dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Dalam kejadian pada 26 Mac dan 4 April, sepasukan anggota JKDM di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, menemui lebih 22 juta batang rokok tidak berkastam dianggarkan bernilai RM18.5 juta disembunyikan dibelakang kotak berisi mainan plastik.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, rampasan pertama dibuat pada kira-kira jam 1.45 petang, 26 Mac lalu, membabitkan lebih 11 juta batang rokok tidak berkastam dan 36 kotak berisi mainan plastik kanak-kanak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660616/berita/semasa/sorok-rokok-seludup-belakang-kotak-mainan-dalam-kontena

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #rokok #kastam