BERITA SEMASA 30 APRIL 2024

Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.

Menurut Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan, fokus utamanya adalah untuk menawarkan politik matang dan khidmat bakti kepada rakyat sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat nanti.

Katanya, hati beliau tidak terganggu dengan serangan politik peribadi sebab beliau sebagai anak muda yang bertanding ingin bawa politik baharu dan fokus kepada tawaran yang akan diberikan kepada pengundi.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/662074/berita/politik/prk-kkb-serangan-peribadi-tak-jejas-kempen-calon-ph

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #calonPH #PN #pangsocktao #ahmadfadhlishaari