PELAKON Ruhainies memilih untuk tidak mempertahankan diri apabila timbul dakwaan dia berkomplot dengan Aliff Aziz bagi menjatuhkan isteri aktor tersebut iaitu Bella Astillah.<br /><br />Kata Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, jika dia menafikan perkara tersebut orang ramai tetap akan menyalahkan dia dan adalah lebih baik dia mendiamkan diri daripada memanjangkan isu.
