Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak

BERITA SEMASA 7 MEI 2024

Keadaan pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal ketika ini sedang dipantau rapi dan akan menjalani beberapa pembedahan lagi.

Sharil memaklumkan, Faisal mengadu sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan.

Pada Ahad, Faisal telah disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya pada Ahad sebelum dipindahkan ke hospital di Shah Alam.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/663314/berita/sukan/keadaan-faisal-kritikal-tangan-kiri-sukar-bergerak
Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #FaisalHalim #PemainBolaSepakKebangsaan