Malaysia tetap tidak benarkan syarikat Israel masuk - PM

BERITA SEMASA 7 MEI 2024

Malaysia teguh dengan pendirian untuk tidak membenarkan dengan mana-mana syarikat berdaftar dengan Israel masuk ke negara ini, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan dan jurukamera Yusrizal Yusof.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia termasuklah dakwaan syarikat perkapalan Israel, ZIM dibenar untuk kembali berlabuh di pelabuhan.

Ujar beliau, larangan sekatan yang dibuat kerajaan itu berbeza sewaktu pentadbiran Persekutuan yang diterajui oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024- 2028 di Putrajaya pada Selasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663330/berita/nasional/malaysia-tetap-tidak-benarkan-syarikat-israel-masuk---pm-anwar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #AnwarIbrahim #Israel