Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'

BERITA SEMASA 8 MEI 2024

Selangor melancarkan kempen solidariti 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!', berikutan pemain bola sepak mereka, Faisal Halim, dianiayai apabila disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu.

Kempen itu disambut baik oleh semua rakyat Malaysia dengan harapan agar pemain itu kembali pulih segera seperti sediakala.

Kelab dari Lembah Klang itu menyeru orang ramai agar membanteras segala jenis keganasan dalam sukan bola sepak tanah air agar insiden seperti itu tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663524/berita/sukan/selangor-lancar-kempen-stand-with-faisal-halim-stop-the-violence

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Selangor #FaisalHalim #Kempen