JDT tingkat tahap keselamatan pemain Harimau Selatan

BERITA SEMASA 8 MEI 2024

Juara 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyuarakan kebimbangan berkenaan insiden yang berlaku terhadap pemain Harimau Selatan, Safiq Rahim pada Selasa.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat segera insiden yang berlaku di Pusat Latihan JDT berkenaan.

Katanya, dengan perkembangan terbaharu itu selepas insiden menimpa kejadian menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim, JDT juga meningkatkan tahap keselamatan terhadap pemain-pemain kami sebagai langkah berwaspada.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663525/berita/semasa/jdt-tingkat-tahap-keselamatan-pemain-harimau-selatan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #JDT #PDRM