PH yakin mampu pertahan Kuala Kubu Baharu

BERITA SEMASA 10 MEI 2024

Kerajaan Perpaduan yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dalam pilihan raya kecil (PRK) yang akan berlangsung pada Sabtu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia bersandarkan sokongan dan penerimaan baik yang diberikan pengundi terhadap calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao sepanjang tempoh kempen.

Jelasnya, menerusi kempen dijalankan PH, beliau yakin pakatan berkenaan boleh kekal di Kuala Kubu Baharu pada pilihan raya kali ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663971/berita/politik/ph-yakin-mampu-pertahan-kuala-kubu-baharu

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKKualaKubuBaharu