Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.<br /><br />Majlis anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini merupakan satu program khas yang bertujuan menyatukan pakar-pakar tersohor dalam bidang AI.