'Pengundi Melayu jangan jadi macam lesung dengan alu' - Abdul Hadi

BERITA SEMASA 10 MEI 2024

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegur sikap segelintir orang Islam yang memandang remeh kewajipan mengundi sehingga tidak ambil tahu siapa yang memerintah.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, politik memilih pemimpin adalah kewajipan dalam agama dan mereka perlu mengelakkan perpecahan sesama sendiri.

Menurutnya, jika tidak keluar mengundi dan calon yang menang itu merosakkan, pengundi akan menerima akibatnya pada masa akan datang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663976/berita/politik/pengundi-melayu-jangan-jadi-macam-lesung-dengan-alu---abdul-hadi

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKKualaKubuBaharu