Calon PN optimis peratusan keluar mengundi tinggi

BERITA SEMASA 11 MEI 2024

Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.

Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.

Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKKualaKubuBaharu #KKB #KhairulAzhariSaut