Surprise Me!

Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin

2024-05-16 4,823 Dailymotion

BERITA SEMASA 16 MEI 2024

Mahkamah Tinggi Johor Bahru menetapkan Isnin depan bagi keputusan perintah larangan terhadap Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard, 45, berkaitan isu kasino di Forest City, Iskandar Puteri, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.

Ia selepas Mahkamah Sesyen pada 30 April lalu menolak permohonan pendakwaan yang memohon perintah larangan dikenakan terhadap Che'gu Bard berkaitan isu kasino di Forest City.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665062/berita/semasa/keputusan-chegu-bard-kena-perintah-larangan-pada-isnin

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #CheguBard #ForestCity

Buy Now on CodeCanyon