Insiatif Kementerian Perpaduan kini juga tertumpu kepada pembangunan belia Malaysia yang berkualiti, melalui penerapan prinsip Rukun Negara sebagai asas.<br /><br />Perkara itu dizahirkan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang yang berkata usaha jitu pelbagai pihak perlu digerakkan terutamanya dalam menyediakan belia yang memimpin masa depan negara.
