PM umum pemberian baucar buku RM100 untuk pelajar

BERITA SEMASA 30 MEI 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada murid sekolah rendah bermula Tahun 4, sekolah menegah dan institut pendidikan tinggi (IPT).

Beliau berkata, baucar tersebut boleh digunakan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 bermula jam 2 petang Jumaat.

Jelasnya, kerajaan boleh teruskan pemberian baucer RM100 untuk tahun ini dan dimulakan dari murid Tahun 4 dan ke atas bagi mengurangkan tekanan kepda kewangan kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan PBAKL 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667498/berita/nasional/pm-umum-pemberian-baucar-buku-rm100

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #baucerbukurm100 #anwarIbrahim #pestabukuantarabangsa