Seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 25 tahun yang sedang melakukan aktiviti menjala ikan di Sungai Kinta dikhuatiri telah lemas.<br /><br />Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Akmal Azizi Elias, pihaknya menerima perkhabaran tentang kejadian itu selepas menerima makluman daripada beberapa orang saksi yang melihat mangsa tiba-tiba tenggelam.<br />
