Seramai 90 pelajar Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu dan sekumpulan remaja dari Junior Chamber International sanggup menempuhi perjalanan lebih 300 kilometer bagi menonton filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.<br /><br />Bagaimanapun, mereka menyifatkan perjalanan yang memakan masa lebih tiga jam dari kelantan ke terengganu itu sangat berbaloi kerana kualiti dan jalan cerita yang ditampilkan menerusi filem berkenaan amat menarik.<br />