Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.<br /><br />Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata draf pindaan itu, telah dibentangkan di Mesyuarat Ahli Majlis-majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
